SDB hanya akan sokong projek 'bermanfaat': Masidi

 

Masidi

KOTA KINABALU: Bank Pembangunan Sabah Berhad (SDB) hanya akan mengutamakan usaha pembangunan yang bertujuan positif dan 'bermanfaat', kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun.

"Ini termasuk pinjaman yang berkait dengan pelaburan-pelaburan besar dan projek-projek pembangunan, khasnya yang berkaitan air, jana kuasa dan infrastruktur.

"Ada diantara projek-projek yang dikenalpasti, termasuk projek jana kuasa dan sistem simpanan, air tidak terhasil (NRW), pembesaran jeti, jalan-japan kritikal dan projek-projek berasaskan industri sebagaimana yang dijalankan oleh E-Steel Group dan Kibing Group," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sini, pada Sabtu.

Jelas Masidi lagi, bank itu juga mempunyai sokongan penuh daripada pihak Kerajaan Negeri. 

"Kerajaan Negeri Sabah komited dalam usaha untuk memastikan semua obligasi pembayaran balik bon bank dipenuhi," katanya.

Masidi juga berkata Sabah turut menukar RM660 juta deposit kepada saham keutamaan boleh tebus untuk menambah modal bank.

Beliau berkata bank itu juga berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran pemulihan tahunannya sebanyak RM1 bilion menjelang akhir tahun.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama