![]() |
Sumber Foto: Facebook Team Atlet Sabah |
Aksi pembukaan Kumpulan A saingan bola sepak wanita Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 pada Rabu membawa pengakhiran mata seri 1-1 antara pasukan pilihan, Sabah dengan Pahang.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak itu menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan dan memperoleh jaringan gol sehingga tamat separuh masa pertama.
Skuad Pahang tampil mendahului permainan apabila Zarith Sofea Nor Azri selalu pemain sayap menjaringkan gol di minit ke-79 di babak kedua.
Walau bagaimanapun, kegembiraan skuad bimbingan Mohd Zerry Nazeri itu tidak berpanjangan selepas skuad Sabah bangkit menyamakan kedudukan di lewat permainan hasil jaringan Rocilleyka Lole di minit ke-90.
Ketua Jurulatih Sabah, Petronella Douny berkata, barisan pemainnya akan mencatatkan penyudah bagi mencatat kemenangan berdepan Sarawak bagi aksi kedua Kumpulan A, Isnin ini.
"Kita belum pernah bertemu skuas Sarawak dan kita harap kemenangan dapat dicapai, bagi memastikan peluang ke pusingan seterusnya lebih cerah untuk skud Sabah," katanya.