![]() |
Rumah musnah sepenuhnya selepas dijilat api |
KOTA BELUD: Sebuah rumah musnah terbakar dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Batu Enam Kesapang pada Khamis petang.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Farhad Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 2.47 petang.
![]() |
Pihak bomba melakukan kerja-kerja memadamkan api |
Susulan itu, beliau berkata, seramai sembilan anggota dari BBP Kota Belud telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal 50×30 kaki terbakar 100 peratus.
"Pasukan bomba kemudian bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran, dua pancutan 200 kaki sumber air dari tangki jentera," katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Khamis.
Bagaimanapun, Farhad memaklumkan tiada mangsa cedera dilaporkan terlibat dan operasi memadamlan kebakaran selesai pada pukul 4.45 petang.