Ribut petir hingga petang di beberapa kawasan pedalaman Sabah


METMalaysia beri amaran ribut petir hingga petang Isnin di beberapa kawasan pedalaman Sabah

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan Pedalaman Sabah tersenarai sebagai kawasan yang mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka sehingga pukul empat petang Isnin.

Antara kawasan itu termasuk Siptang, Tenom, Nabawan dan Keningau.

Selain itu, kawasan Tongod di Sandakan turut dijangkakan mengalami keadaan yang sama.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada pukul 1.15 tengan hari Isnin, memberitahu amaran ribut petir itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh sejam.

"Amaran ribut petir ini adalah amaran janga pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama