![]() |
James (tengah) memberi penerangan kepada Hajiji berkenaan SYBIL |
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan input daripada golongan profesional muda untuk membantu dalam penggubalan dasar.
"Kami memerlukan input profesional dan idea segar mereka untuk ke hadapan dan cara terbaik kami boleh membangunkan Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika bertemu delegasi Pemimpin Perniagaan dan Industri Muda Sabah (SYBIL) di Sri Gaya di sini, pada Jumaat.
![]() |
Merakam kenangan bersama semasa pertemuan di Sri Gaya pada Jumaat |
Dalam pertemuan itu, Hajiji turut diberikan taklimat berkenaan rangka kerja dasar SYBIL untuk pemimpin perniagaan dan industri muda daripada James Wong yang mengetuai delegasi SYBIL.
Menurut James, SYBIL mempunyai rangkaian kira-kira 200 usahawan muda dan pemimpin perniagaan yang berjaya bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri.
Hadir sama semasa sesi pertemuan itu ialah ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah yang diketuai oleh Tan Sri David Chu.