Penghuni Seri Akasia terima kunci rumah

 

Hajiji (tengah) bersama beberapa pemilik rumah Seri Akasia

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan kunci kepada penghuni Residensi Seri Akasia di Taman Seri Lemawang di sini, pada Ahad.

Projek itu adalah usaha sama antara KTI Sdn. Bhd. dan Lembaga Kemajuan Perumahan dan Bandar Sabah (SHTDA). 

Seri Lemawang adalah pembangunan kediaman komersial bersepadu dibina  atas keluasan tapak 198 ekar terdiri daripada 480 unit pangsapuri, 812 rumah teres dua tingkat dan kedai. 

Ia merupakan satu daripada lima projek usaha sama antara KTI Landmark Berhad dan SHTDA di Sabah. 

Hadir sama semasa majlis penyerahan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Pengerusi SHTDA Datuk Masiung Banah dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTI Landmark Dr. Gordon Loke.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama