![]() |
Kawasan lelaki dikhuatiri hilang |
BEAUFORT: Berikutan penemuan bot tanpa pengemudi, seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di sungai Kampung Bangkalalak, malam tadi (Rabu).
Mangsa dikenali sebagai Boy Abdullah, 20, dikatakan mahu menghantar barang dengan cuba menyeberangi sungai menggunakan bot terbabit.
Bagaimanapun, bot mangsa ditemui tanpa pengemudi pada pukul empat petang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian berkenaan pada pukul 9.24 malam sebelum sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Operasi SAR dijalankan menyelusuri tebing sungai di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Namun mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR disambung pagi ini,” katanya ketika dihubungi pagi Khamis.
Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.