Gempa di Indonesia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

 

Kenyataan daripada METMalaysia

KOTA KINABALU: Sebuah gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.4 berlaku di Rantau Sumba, Indonesia tengah malam Sabtu, kira-kira pukul 12.40 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam sebuah kenyataan media hari ini memberitahu bahawa kejadian itu berlaku itu berada pada koordinat 9.6 darjah Selatan 120.5 darjah Timur, kira-kira 233 kilometer Tenggara dari Bima, Indonesia.

Walau bagaimanapun, METMalaysia memberitahu bahawa setelah pernilaian dilakukan, tiada sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia, termasuk Sabah.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama