Disyaki terima suapan RM120 ribu lindungi penyeludup rokok, penguatkuasa lelaki disyaki ditahan SPRM


Pegawai penguatkuasa disyaki terima suapan RM120,000, lindungi aktiviti seludup rokok

KENINGAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang lelaki yang merupakan pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Menurut sumber, suspek yang berusia sekitar 30an telah ditahan kira-kira pukul empat petang Sabtu dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Sabah di Pekan Keningau.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut baru-baru ini (Ogos 2024).

“Suspek disyaki telah meminta rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok sekitar Keningau dan melepaskan lori serta barang penyeludupan yang telah ditahan oleh jabatan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

Katanya, suspek akan di bawa ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, esok (Ahad) bagi mendapatkan permohonan reman dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan mengenai kes ini akan dibuat.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama