Suspek lelaki berusia lingkungan 40 tahun yang bekerja sendiri dan wanita berusia lingkungan 20 tahun yang juga pemilik syarikat itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah cawangan Sandakan kira-kira jam 9.40 pagi tadi.
Sumber berkata, kedua-dua individu terbabit ditahan ketika hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan.
"Hasil daripada pemalsuan dokumen itu, kedua-dua suspek memperoleh tender sekolah membabitkan nilai kontrak kira-kira RM30,000," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 471 dan 109 Kanun Keseksaan.
"Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam tempoh terdekat," katanya.
Sumber: DEASOKA