![]() |
Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip |
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan memutuskan sama ada wajar memindahkan operasi kereta sewa di Atap Kuning ke bangunan KK Sentral pada Selasa ini.
Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip berkata, berdasarkan tinjauannya, beliau mendapati pengusaha kereta sewa enggan berpindah ke bangunan KK Sentral.
"Antara alasan yang diberikan adalah persaingan dengan bas beroperasi di kawasan terbabit, tambang, kurangnya penumpang, kepayahan pengurusan dan lokasi tidak bersesuaian.
"DBKK akan mengadakan lawatan ke bangunan KK Sentral pada selasa untuk melihat sendiri terminal berkenaan.
"Saya melihat masalah ini bukan disebabkan mahu pindah atau tidak, sesuai atau tidak sesuai, tetapi wujudnya isu lain yang bukan sahaja membabitkan pengurusan terminal tetapi juga pengurusan pengangkutan awam secara keseluruhannya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi pertemuan bersama para pengusaha kereta sewa Atap Kuning di sini, hari ini.
Noorliza berkata, pihaknya akan membuat keputusan tuntas selepas tinjauan ke KK Sentral.
Beliau juga menjelaskan DBKK akan melihat mekanisme lain akan sesuai untuk pelaksanaan itu.
Sumber : Utusan Borneo