TENOM: Seorang lelaki warga emas terselamat selepas kereta dinaiki terbabas sendiri di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Mandolon di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom digerakkan ke lokasi pada jam 9.03 malam.
“Kejadian mengakibatkan mangsa berumur 58 tahun tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda yang terbabas sendiri di bahu jalan.
“Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa sebelum diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dihantar ke hospital menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata operasi keseluruhan ditamatkan jam 9.53 malam.
Sumber : Utusan Borneo