Bomba Selamatkan Bayi 15 Bulan Terkunci Dalam Kenderaan




Kota Kinabalu
: Seorang bayi berusia 15 bulan diselamatkan pasukan bomba selepas terkunci di dalam kenderaan di Universiti Apartment 1, Jalan Sulaman di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, bayi lelaki terbabit dipercayai terperangkap di dalam kereta Proton Iriz itu selepas pintu kenderaan terkunci secara automatik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 1.02 petang.

Katanya, seramai 10 anggota termasuk pegawai bersama jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, bayi lelaki itu didapati masih berada di dalam kenderaan yang terkunci berkenaan.

Menurutnya, bayi terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan terus diserahkan kepada keluarganya.

\Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.42 petang.

Sumber : -DEASOKA


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama