Warga Emas Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Kampung Narinang

Gambar Hiasan



Kota Belud
: Seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dilaporkan melecur dibahagian belakang badan selepas rumahnya di Kampung Narinang, di sini terbakar hari ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, rumah dua tingkat jenis tidak kekal berkeluasan 83 meter persegi berkenaan musnah sepenuhnya.

Selain itu, dua motosikal serta sebuah mini  traktor yang diletakkan di rumah berkenaan dilaporkan turut musnah terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.14 pagi.

Katanya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba terus bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran dengan dua pancutan sepanjang 91 meter dari tangki jentera dan air sungai berhampiran.

Menurutnya, mangsa perempuan yang cedera terus diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud menggunakan EMRS untuk rawatan lanjut.

Katanya, api berjaya dikawal pada jam 11.33 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.55 pagi.


Sumber : --DEASOKA


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama