Tangkap Buaya Untuk Tangani Isu Keselamatan Penduduk



Kota Kinabalu
: Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah (JHLS) diminta mengamil tindakan proaktif untuk menangkap buaya di Sungai kinabatangan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata langkah itu perlu demi keselamatan penduduk yang mencari rezeki di sungai berkenaan.

"Kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan proaktif dan serius untuk menangani isu ini bagi memastikan penduduk yang menggunakan sungai Kinabatangan sama ada untuk laluan atau sebagai lokasi mencari sumber pendapatan seharian melalui aktiviti memancing dan sebagainya tidak terancam," katanya dalam satu kenyataan.

Minggu lalu seorang wanita maut dibaham buaya  ketika keluar memancing di sebatang anak Sungai Kinabatangan di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, di sini.

Mayat mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui dalam keadaan tidak sempurna pada jam 6.53 pagi Ahad lalu oleh penduduk kampung iaitu kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa diserang haiwan reptilia itu.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata kejadian itu bukan yang pertama berlaku malah sudah ramai mangsa menjadi korban berikutan keganasan buaya di Sungai Kinabatngan.

Katanya,pendekatan di Sarawak yang membenarkan menangkap dan membunuh buaya secara berkala serta sistematik bagi mengurangkan jumlah haiwan itu boleh dilaksanakan di Saba.

AhliDewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu menambah susulan Kejayaan Malaysia menurunkan taraf kategori buaya daripada Apendiks I  kepada Apendiks II pada mesuarat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar terancam (CITES) di Afrika Selatan, ia diharap membolehkan buaya di Sabah diburu serta dierdagangkan.

"Saya berharap satu kajian dapat dilakukan oleh pihak berkuasa mengenai isu ini dan tindkan susulan akan dapat kita lakukan bagi mengurangkan populasi buaya di negeri ini demi menjamin keselamatan penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan berhampiran sungai" katanya.

Sambil menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpato kepada keluarga mangsa terbaharu dibaham buaya di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, di sini. Bung Moktar berharap keluarga mangsa bersabar menerima ujian itu dan menasihatkan penduduk kawasan terlibat supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti di sungai bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini.


Sumber : --DEASOKA



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama