“Tolong lah Federal. Sabah Sarawak bukan nya tong sampah.
“Sudah lah kami tertinggal dari segi infrastruktur, takkan lah dari segi perkhidmatan pun kamu kasi kami orang yang bermasalah.
“Sampai bila kami mau maju? Stop treating us like this!,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Munirah yang juga Ketua Wirawati Parti Warisan mengulas laporan media mengenai sembilan anggota polis yang sebelum ini disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor berhubung pemilikan dadah telah ditempatkan bertugas di beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.
Laporan Sinar Harian memetik Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi sebagai berkata, siasatan berkaitan kesemua anggota terdiri daripada konstabel hingga sub inspektor itu masih dijalankan secara terperinci.
“Kesemua anggota yang terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.
Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan sembilan anggota polis disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah, baru-baru ini.
Anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, pada Jumaat.
Sasikala Devi berkata, kesemua anggota berpangkat konstabel hingga sub inspektor itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan selepas pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada 26 Julai lalu.