Kereta Terbabas Di Jalan Lintas, 3 Maut, Seorang Cedera


KOTA KINABALU : 3 maut manakala seorang kanak-kanak berusia 3 tahun cedera parah selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda hilang kawalan sebelum melanggar tiang jejambat (flyover) di Jalan Lintas, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu jam 11.31 malam.

Katanya sepasukan 12 pegawai dan anggota bersama kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lintas dikejarkan ke lokasi yang terletak 5 kilometer dari balai.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Nissan Navara terbabas sendiri melanggar tiang flyover.

“Terdapat 4 orang mangsa terlibat. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercampak dari kenderaan dihantar ke hospital menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiga mangsa, 2 lelaki dan seorang wanita, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan.

“Seorang lelaki dan wanita yang tersepit di bahagian hadapan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Seorang lagi mangsa lelaki tercampak keluar dari kenderaan.”

Menurutnya mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan jam 12.43 tengah malam tadi.

Sumber : Borneo Today

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama