Kota Kinabalu: Bagi mengekang senario kenaikan harga barang di luar munasabah secara berleluasa,pihak berkuasa meminta rakyat untuk menjadi 'mata dan telinga'.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat,Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata,orang ramai turut dinasihatkan agar gunakan hak mereka sebagai pengguna dengan dengan membuat aduan sekiranya terdapat aktiviti berkenaan.
Jelas beliau,ini sekaligus dapat menghalang usaha daripada pihak berkaitan yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi kita kini yang berhadapan dengan senario kenaikan harga barang.
Tambahnya lagi,laporkan terus kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya tindakan pemeriksaan atau penguatkuasaan segera dapat dilakukan.
"Kita berharap agar pengguna dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat prihatin dan bertangungjawab dalam membantu kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa (KPDNHEP).
"Ia mengenai isu sekiranya terdapat kekurangan bahan keperluan harian atau ketidakpatuhan harga sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Beliau berkata demikian selepas ditemui dalam rancangan bual bicara Kami Bah Ini kelolaan RTM TV1 Sabah,di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) di sini,semalam.
Terdahulu,dalam rancangan yang dihadirinya,beliau berkesempatan berkongsi perbincangan topik terhadap perkembangan semasa terutama mengenai usaha progresif kerajaan mengawal kadar barang untuk mengurangkan beban rakyat di negeri ini.
Sementara itu,dalam perkembangan berasingan,Shahelmey pada masa sama mendedahkan kerajaan kini sedang menjalankan program Jualan keluarga Malaysia (PJKM) yang merupakan salah satu inisiatif meringankan beban dan peningkatan kos sara hidup.
"Sebelum ini PJKM dilakukan dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen.Namun bermula bulan ini PJKM dilaksanakan setiap bulan di kawasan Dewan undangan Negeri (DUN).
"Ia memberi peluang kepada pengguna kita untuk membeli barang keperluan harian mereka pada harga yang lebih murah dan juga kompetitif,'katanya lagi.
Dalam pada itu,mengulas mengenai Pasukan khas Jihad Tangani Inflasi yang diumumkan Perdana Menteri pada rabu lalu,Shahelmey berkata beliau menyambut baik penubuhan pasukan tersebut.
"Saya amat mengalu-alukan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini.
"Ianya agar tidak ada penyalahgunaan atau unsur-unsur mengambil kesempatan dalam situasi kenaikaan harga barang yang sedang kita hadapi pada masa ini,"katanya.
Sumber; -Deasoka