Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal memiliki sebuah balai bomba tertinggi di Malaysia terletak di Gunung Kinabalu apabila kerja-kerja pembinaanya dijangka siap pada penghujung tahun ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata balai bomba yang turut beroeranan sebagai pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) itu akan dibina di tapak yang dikenal pasti iaitu di Gunting Lagadan,Gunung Kinabalu ,dekat Ranau.
Belaiu berkata kira-kira RM400,000 diperuntukkan bagi membina balai bomba itu bagi memastikan 35 anggota MOSAR yang terdiri daripada malim gunung dapat melaksanakan tugasan dengan cekap dan berkesan.
"Ia merupakan sebahagian daripada sembilan balai bomba yang sedang dalam pembinaan di Sabah.Kami (JBPM) telah mendapat persetujuan bersama pihak Taman-Taman Sabah (untuk membna balai bomba MOSAR di Gunung Kinabalu).Apabila proses dari segi perundangan dan proses untuk kelulusan diperolehi,kami akan meneruskan pembinaan ini secara berperingkat.
"Tapak fasiliti asas sudah ada,tetapi kami mahu ia dijadikan sebagai pusat operasi kebombaan.Balai boma ini merangkumi kawasan untuk beroperasi ,ruang untuk anggota MOSAR menjalankan latihan,tempat penyimpanan peralatan operasi dan membuat laporan,"katanya kepada pemberita disini hari ini.
Belaiu berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penganugerahan pangkat kehormat iaitu Ketua Pesuruhjaya Bomba (kehormat) kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini.
Mohammad Hamdan berkata JBPM akan terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggotanya dalam menghadapi kesan perubahan ekstrim iklim di negara ini bagi memastikan operasi kebombaan yang lebih efisien.
Selain membuat pemantauan udara menggunakan dron dan helikopter,katanya JBPM turut menjalin kerjasam dengan Meteorologi Malaysia bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan cuaca;Jabatan Pengairan dan Saliran;serta agensi-agensi berkaitan alam sekitar.
Mengenai ajlis hari ini Mohammad Hamdan berkata, penganugerahan pangkat kehormat itu adalah sebagi tanda penghormatan serta pengiktirafan JBPM atas sumbangan Tun Juhar dalam bidang kebombaan,keselamatan kebakaran dan kesejahteraan rakyat Sabah.
Sumber : BERNAMA