SEMPORNA: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sempat menghubungi Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari penamaan calon pagi ini di Semporna.
Dalam satu video yang dirakam, Shafie membuat panggilan video dan memberikan perkembangan terkini sambil bertanya khabar kepada Pengerusi Parti Pejuang tersebut.
Shafie turut memberikan update mengenai keberadaan bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak yang kini di Tawau untuk membantu kempen Barisan Nasionan.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut berada duduk di sebelah Shafie.
Kredit Video: KiniTV