Sabah Rekod 3 Digit Kes Covid-19 Dalam Sehari, Majoriti BWN



Kota Kinabalu: Kes positif COVID-19 di Sabah terus meningkat dengan tambahan 167 jangkitan baharu dalam tempoh sehari, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah seramai 759 kes.

Berdasarkan infografik yang yang disiarkan di laman twitter @KKMPutrajaya, kesemua pesakit adalah daripada kluster Benteng LD. Manakala, seramai 76 pesakit adalah Warganegara dan 91 pesakit adalah Bukan Warganegara. 

Pada 1 September 2020 dalam kenyataan media, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan 2 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan ketika cuba memasuki Sabah didapati positif COVID-19 ketika saringan di Lokap Balai Polis Lahad Datu.

Penangkapan tersebut membawa kepada kewujudan Kluster Benteng LD yang kini merekodkan seramai 337 kes.






Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama