Peningkatan Mendadak Kes Covid-19 "Pulang Dari Filipina" Membimbangkan


Buat dua hari berturut-turut, Sandakan mencatatkan peningkatan mendadak Kes Import pulang dari Negara Filipina iaitu seramai Lapan Kes Positif Covid-19.

Kelmarin, Daerah Sandakan, Mukim Sentosa mencatatkan 4 Kes Positif melibatkan 3 Warganegara dan 1 Bukan Warganegara manakala hari ini, 4 lagi Kes Positif melibatkan 4 Warganegara  yang pulang dari negara jiran tersebut.

Walaupun kesemua pesakit dikategorikan sebagai Kes Import, rata-rata rakyat di Negeri Sabah menyatakan kebimbangan akan peningkatan tersebut. 

"Filipina kan kes tertinggi Covid-19 di rantau asia, serius ni kalau banyak dan tak dikawal kemasukkan dari Filipina." tulis Kemayo ZN.

"Ini yang positif ikut jalan betul kena saring dan kuarantin dulu, macammana lah kalau ada yang masuk dengan cara yang salah, tinggal lagi di setinggan, ini paling merisaukan" tulis Hana.

Negara Filipina kini merekodkan jumlah Kes Positif Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara mengatasi Indonesia yang mempunyai lebih ramai penduduk. Setakat hari ini, negara tersebut mencatatkan 122,754 kes.

Dengan Pilihan Raya Negeri Sabah yang tidak lama lagi diadakan, ramai yang mahu kawalan sempadan dipertingkatkan bagi mengelakkan warga negara asing yang tidak mempunyai dokumen masuk ke negara ini melalui jalan-jalan tikus.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama