“Setakat hari ini, berhubung secara langsung tidak ada, tetapi kita (Bung dan Musa) ok," tegasnya.
Beliau tiada ada masalah untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mantan ketua menteri yang juga penyandang ADUN Sungai Sibuga itu.
"Saya terbuka untuk mana-mana pihak bagi adakan perbincangan," tegasnya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Secara Berkelompok 4 Peringkat di Pusat Daerah Mengundi Sungai Batang di Kampung Sungai Batang Batu 10, malam semalam.
Menjawab soalan sama, Bung Moktar berkata tiada masalah kerana mereka semua adalah kawannya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut mengesahkan status keahlian Tan Sri Musa Aman masih lagi sebagai ahli UMNO.
Ditanya tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat tentukan tarikh PRN Sabah adalah sama tarikh dengan injunksi mahkamah terhadap pembuburan DUN dimohon oleh Tan Sri Musa dan 32 ADUN, Bung Moktar berkata itu bermungkinan secara kebetulan.
Sekiranya keputusan mahkamah tidak berlakunya PRN, beliau berkata itu tidak mengapa kerana kita bukan mendesak untuk berlakunya PRN dan bukan kita memilih untuk membubar DUN.
"Yang memilih pembubaran DUN adalah kerajaan WARISAN, kita pada masa itu fokus pada memperkukuhkan dan perkuatkan jentera di semua peringkat," katanya.
Turut hadir, Bendahari UMNO Negeri Sabah yang juga Ketua Umno Bahagian Libaran Suhaimi Haji Nasir dan jawatankuasa UMNO Bahagian Libaran termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.