Perbuatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.Ketika merayu hukuman ringan, lelaki itu yang tidak diwakili, menangis dan memberitahu mahkamah bahawa dia tahu ia adalah satu kesalahan dan dia sudah menyesal.Dia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan memohon untuk bertemu keluarganya tetapi mahkamah berkata ia bukan faktor mitigasi.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jafry menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas dasar lelaki terbabit melakukan kesalahan serius ke atas cucunya yang sepatutnya dilindungi dan memberikan contoh yang baik kepadanya.Nur Faezah berkata mangsa, yang hanya berusia tiga tahun, merasa sakit dari koyakan yang disebabkan oleh insiden itu tetapi dia tidak dapat menjelaskannya.
Tambahnya, hukuman berat perlu diberikan kepada lelaki itu dan juga orang awam.Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu datang ke rumah mangsa pada 21 Jun dan bermalam di sana.Keesokkannya pada jam 11 pagi, ketika ibu mangsa sedang mencuci pinggan di dapur, dia terdengar bunyi bising datang dari bilik mandi.Ibu mangsa kemudian memeriksa bilik mandi itu tetapi ia berkunci.Wanita itu terdengar mangsa menangis. Dia kemudian mengetuk pintu dan lelaki berkenaan yang mendakwa dia mahu mandi bersama mangsa keluar dari bilik mandi sambil membawa mangsa yang tidak berpakaian.Lelaki itu kemudian menyerahkan mangsa kepada ibunya tetapi mangsa masih menangis sambil menunjuk ke arah lelaki terbabit.Ibu mangsa kemudian membawa mangsa ke bilik tidur dan mangsa menuding ke arah kemaluannya yang kemerahan.Siasatan lanjut di Hospital Likas mendedahkan terdapat koyakan baharu dan kemerahan sederhana di bahagian kemaluan mangsa.Susulan laporan polis, lelaki berkenaan ditahan.-Harian Ekspres