Jika sebelum ini, ramai pengadu adalah dari kalangan pelajar universiti tempatan dan keluarga mereka, namun kali ini adalah dari orang awam yang pulang ke Tawau untuk melawat ayahnya yang sedang sakit.
Norizah menceritakan pengalaman beliau daripada pengambilan Borang Rentas Negeri yang berjalan lancar dan penerbangan balik pada 13/5/2020 dengan menaiki pesawat Airasia. Beliau nyata terkejut apabila pesawat yang dinaiki penuh dan tidak sama seperti SOP PKP dan apa yang dilihat melalui kaca TV.
"Pesawat mempunyai 40 baris dan kesemuanya penuh. Pramugari mengingatkan penumpang untuk kekal duduk dan mengambil bagasi tangan masing-masing mengikut barisan tetapi kebanyakan penumpang tidak mengendahkanya. Boleh dilihat melalui gambar".


Setibanya di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Tawau, Norizah menjelaskan kesemua mereka diarah untuk memberikan maklumat diri kepada staff KKM dan diberitahu ujian swab hanya akan diambil pada keesokan harinya di pusat kuarantin.
"Kami diberitahu untuk mengambil beg bagasi kami, di mana tempat tersebut tiada kawalan dan tiada penjarakan sosial seperti di dalam gambar"

Norizah turut mendedahkan keadaan pengangkutan ke IPG Tawau dengan menaiki lori di mana 20 PUI menaikinya dalam satu-satu masa.
"Tiada penjarakan sosial boleh diperhatikan...yang negatif pun boleh jadi positif"


"Setibanya di IPG Tawau, kami diminta untuk berkongsi bilik, 1 bilik untuk 2 penumpang. Saya tidak dapat lagi mematuhi arahan ini kerana yang saya tahu SOP untuk kuarantin Covid-19 ialah 1 bilik untuk 1 orang melainkan datang bersama keluarga.
"Saya meminta bilik sendiri, pada mulanya sekretariat menolak, dan saya katakan ini melanggar SOP, namun mereka beritahu jangan bandingkan dengan Semenanjung Malaysia, di sana ada kemudahan yang baik"
Namun, Norizah mengatakan bahawa beliau tidak mengkritik tempat yang disediakan di Sabah, tetapi Standard Operating Procedure (SOP) yang sudah ditetapkan harus dipatuhi semua pihak.
Akhirnya, walaupun Norizah mendapat bilik tunggal, beliau berasa kasihan kepada penumpang yang perlu berkongsi bilik dengan orang asing tanpa mengetahui kemungkinan mereka adalah positif Covid-19.

"Kami tidak diberikan makanan sehingga jam 1 pagi, bayangkan kami cuma ada 1 botol air untuk berbuka puasa dan selepas 6 jam barulah kami menerima 1 bekas makanan beehon untuk makan malam. Dan pada jam 2 pagi, kami diberikan nasi untuk bersahur. Nasi mentah!" Luahnya lagi.

Norizah memberikan penghargaan kepada semua frontliners yang bekerja 24 jam sehari untuk mengurus dan menjaga PUI.
"Namun, agensi kerajaan tempat mereka bekerja perlulah memberikan mereka bantuan dan sokongan yang penuh seperti peralatan PPE yang sempurna, dan SOP yang lengkap" katanya.
Norizah berharap penulisan beliau sampai kepada pihak yang bertanggungjawab agar pengurusan PUI di Pusat Kuarantin dapat diperbaiki dan tidak diulangi pada masa depan.
Tulisan Penuh Norizah Abidin: