Syarikat aeroangkasa Rusia teroka peluang kerjasama strategik dengan Sabah

KOTA KINABALU: Sabah membuka ruang kerjasama dalam industri aeroangkasa menerusi kunjungan hormat syarikat aeroangkasa Rusia, Glavkosmos kepada Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Masidi Manjun, di sini, hari ini.

Delegasi berkenaan diketuai Ketua Pengarah Glavkosmos, Anton Semin bersama timbalannya, Vitaly Safonov serta rombongan.

Dalam pertemuan itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah diberi taklimat mengenai potensi peluang pelaburan dan pembangunan industri aeroangkasa di negeri ini.

Pertemuan berkenaan turut membuka ruang perbincangan berkaitan potensi kerjasama strategik dalam sektor aeroangkasa yang dilihat mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan teknologi Sabah.

Hadir sama, Pengarah Qhazanah Sabah Berhad, Tan Sri Anifah Aman, Pengerusi Jawala Resources, Tan Sri Datuk Dr Majid Khan.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama