Tun Musa Tiba Di Kota Kinabalu

 

KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman tiba di Kota Kinabalu selepas menghadiri program rasmi di Sandakan selama dua hari.

Tun Musa yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin menaiki pesawat khas tiba pada jam 1:28 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Selain menghadiri  Majlis Perasmian Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan dan Iftar Perdana UMS 2026  pada Selasa, Tun Musa juga melawat tapak pembinaan Pusat Islam Sandakan sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu.

Ketibaan Tun Musa dan Toh Puan Faridah disambut Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Datuk Abdul Kadin Tang bersama pegawai-pegawai jabatan persekutuan dan negeri.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama