Mekanisme pemantauan barangan keperluan SARA dipertingkatkan

 

Fahmi ketika bercakap kepada media.

TAWAU:  Mekanisme pemantauan untuk memastikan bekalan barangan keperluan terutama beras tempatan menerusi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipertingkatkan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan menggunakan real time nyata untuk mengenal pasti produk yang paling banyak dibeli dan memastikan tiada gangguan bekalan di pasaran.

"Bekalan seperti beras, dia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jadi, saya akan minta berdasarkan seminggu pelaksanaan SARA, kita boleh anggarkan kuantiti stok bekalan dan apakah yang boleh dilakukan untuk pastikan tidak berlaku gangguan stok bekalan itu.

"Kita dapat data itu secara real time. Kalau kita tahu jumlah yang telah menembus, kita juga tahu kategori produk yang paling banyak dibeli dan bagaimana kita boleh seimbangkan supaya mereka yang datang ke mana-mana satu lokasi ada kebarangkalian tinggi, mereka boleh menembus produk tersebut," ujarnya kepada media selepas mengadakan tinjauan perkhidmatan Sumbanagan Asas Rahmah (SARA) di salah sebuah pasaraya di sini, pada Ahad.

Fahmi berkata isu bekalan barangan di bawah program SARA akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Rabu depan, dengan mekanisme khas akan dirangka bagi mengimbangi permintaan dan bekalan di lokasi tertentu.

Berdasarkan tinjauan terbabit Fahmi memaklumkan, beras tempatan antara produk yang mendapat permintaan tertinggi sehingga menyebabkan stok habis dijual di pasar raya berkenaan.

Di samping itu, beliau juga mendapati wujud keperluan mewujudkan talian hotline khas berikutan aduan daripada penerima SARA dan petugas kaunter antaranya mengenai sistem yang mengalami masalah.

Antara yang hadir mengiringi beliau ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Julina Johan dan Pengurus Pasar Raya Gemilang Arli Sabar.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama