![]() |
Tun Musa (empat kanan) menerima cenderakenangan daripada Jainisah. |
KOTA KINABALU : Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Sabah meneruskan kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan dan negeri.
Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, JAPEN bersedia berkolaborasi untuk menyampaikan dasar-dasar dan juga inisiatif kerajaan kepada rakyat.
"Tujuannya supaya semua dasar dan inisiatif itu dapat diambil peluang oleh masyarakat demi kesejahteraan mereka dalam semua aspek kehidupan.
"Maknanya, memanfaatkan semua bantuan dan inisiatif yang diberikan khususnya oleh kerajaan negeri di Sabah.
"Kita juga sedia bekerjasama dalam apa juga program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh jabatan serta agensi di bawah kerajaan negeri Sabah," katanya selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, semalam.
Jainisah turut memaklumkan JAPEN Sabah akan meningkatkan lagi usaha bagi memastikan semua lapisan masyarakat di peringkat akar umbi mengetahui maklumat secara menyeluruh.
Menurut beliau, kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan program-program sepanjang tahun JAPEN Sabah dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak Istana Seri Kinabalu dalam program yang akan dilaksanakan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (KPP PKPM), Peter Tong, KPP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Dr. Diana Dominic dan KPP Bahagian Keurusetiaan, Siti Mariam Aziz Rashid./Penerangan-