Tourism Malaysia sambut Tahun Baru Cina di KKIA, kempen TMM2026

Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Haryanty Abu Bakar (lima dari kiri) bersama wakil-wakil syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan 


KOTA KINABALU - Dalam usaha mempromosikan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), Tourism Malaysia menganjurkan sambutan Tahun

Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi menyambut kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa.

Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Haryanty Abu Bakar, berkata program itu bertujuan memberikan pengalaman istimewa kepada pengunjung yang tiba di KKIA.

"Sebagai sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), Tourism Malaysia menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

"Hari ini sahaja, seramai 5,039 pelancong dijangka tiba di Sabah melalui penerbangan dari pagi hingga petang," katanya sewaktu ditemui media di Lapanga Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Rabu petang.

Selain itu, Haryanty bersama-sama tetamu kehormat telah menyampaikan buah limau dan cenderamata kepada para pelancong di pintu ketibaan domestik dan antarabangsa.

"Acara kemuncak diteruskan dengan upacara menggaul Yee Sang iaitu hidangan tradisi Cina yang menjadi simbolik kepada kemewahan, kekayaan, kebahagiaan dan kemakmuran." katanya lagi.

Para pelancong turut menyaksikan persembahan tarian tradisional Malaysia serta tarian singa yang sinonim dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Hadir sama Haji Jefry Ramli, Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Encik Bobby Alex @ William, Pengurus Pemasaran Sabah Tourism Board, wakil-wakil syarikat-syarikat penerbangan dan agensi-agensi berkaitan.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama