KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyatakan kesediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang dijangka akan berlangsung pada tahun ini.
Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lao Hoe Chai berkata pihaknya mempunyai struktur kepimpinan akar umbi dan jentera yang kukuh di Sabah.
“Kami sudah bersedia dalam PRN Sabah. Gerakan mempunyai akar umbi, kepimpinan serta barisan yang bersiap sedia di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut berkata Gerakan yang juga merupakan antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) itu juga berkata pihaknya akan menumpukan satu kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi tinggi untuk dimenangi.
Menurutnya, pihaknya juga perlu berjimat cermat menggunakan sumber yang ada bagi menghadapi PRN17 disamping turut memberi tumpuan kepada persiapan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.