EKSES 2025 perkasa usahawan warga emas Sabah

Shahelmy (tengah) ketika melawat reruai pempamer yang menyertai program tersebut - ihsan Jabatan Penerangan Sabah


KOTA KINABALU: Ekspo Semarak Emas Sabah (EKSES) 2025 berjaya memperkasakan penglibatan golongan warga emas dari seluruh Sabah dalam bidang keusahawanan.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata program EKSES amat unik dan menarik di samping memberi peluang kepada warga emas dalam menjana ekonomi setempat.

"Selain menjana perekonomian lebih 80 usahawan yang terlibat, pada masa sama memberi  ruang kepada warga emas untuk berinteraksi melalui aktiviti yang disusun khas untuk mereka seperti yang kita nampak sendiri hari ini. 

"Terima kasih kepada Jabatan kebajikan Masyarakat Sabah kerana menyokong program ini yang melibatkan ahli-ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) kawasan dan seluruh negeri, tahniah atas kejayaan menghimpun sebahagian besar warga emas dari seluruh Sabah melalui program ini.

"Ini adalah satu daripada inisiatif ataupun usaha untuk mengaktifkan golongan warga emas di usia tua mereka, jadi kita berharap program seperti ini akan sentiasa mendapat sambutan serta diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang," katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penutupan EKSES 2025, pada Ahad.

Tambah beliau lagi, kebersamaan dalam menjayakan program tersebut membuktikan  komitmen semua pihak merancakkan aktiviti golongan warga emas yang amat penting  bukan sahaja untuk merangsang ekonomi tetapi juga membantu dalam menjaga kesihatan badan juga mental.

Program tiga hari anjuran Pertubuhan Semarak Emas Sabah (PEMAS) dan Persatuan wanita Berniaga (PEWAGA) itu menghimpunkan lebih 3,000 pengunjung dan memberi impak positif kepada semua peserta.


( JABATAN PENERANGAN SABAH )




Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama