Sumber minyak, gas di semenanjung menyusut 50%, penemuan baharu hanya di Sabah Sarawak

Foto Ihsan: Berita Harian

KELANTAN – Penemuan baharu sumber minyak mentah dan gas kini hanya terdapat di Sabah dan Sarawak, manakala sumber di Semenanjung Malaysia semakin berkurangan menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, di sini, Ahad lalu.

Melalui laporan Berita Harian, beliau menyatakan bahawa ini merupakan cabaran besar bagi ekonomi negara, terutama dalam pengagihan hasil kepada negeri-negeri.

Rafizi menjelaskan lagi, sumber minyak dan gas di Semenanjung telah berkurang sebanyak 50 peratus dalam tempoh 10 tahun.

"Dulu, pengeluaran minyak mencapai 700,000 tong sehari, namun ia berkurang kepada hanya 350,000 tong sehari," katanya semasa sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK13) di Kompleks Darulnaim, Kelantan, semalam.

Turut hadir bersama di Majlis tersebut, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau turut menambah bahawa Semenanjung kini mengimport 30 peratus gas untuk memenuhi keperluan penjanaan elektrik industri.

"Jika langkah tidak diambil, kita akan terus bergantung pada negara asing," jelasnya.

Menurut Rafizi, penemuan minyak dan gas baru di Sabah dan Sarawak akan digunakan untuk memenuhi keperluan domestik kedua-dua negeri, selain turut dieksport berdasarkan kontrak jangka panjang dengan pembeli luar.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama