Padah buat hantaran jelik, hina Islam warga emas ditahan polis.

Sumber foto: The Sun(google)

TAWAU : Gara-gara membuat hantaran jelik menghina agama islam di laman sosial Facebook, seorang lelaki warga emas ditahan polis tengah malam tadi.

Suspek lelaki tempatan berumur 70 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau kira-kira jam 12.15 tengah malam, di sekitar pusat bandar di sini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, pengadu mendakwa telah melihat satu kenyataan jelik yang mempunyai unsur menghina dan menyinggung sensitiviti umat Islam dimuat naik oleh individu terbabit di platform media sosial ‘Facebook’.

"Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana sengaja mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan perasaan permusuhan, kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana agama.

"Selian itu siasatan turut dijalankan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jasmin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti niat di sebalik kenyataan yang dimuat naik individu berkenaan.

"Pihak polis memandang serius isu sebegini dan orang ramai diingatkan supaya tidak menjadikan agama sebagai jenaka kerana ia boleh menimbulkan perasaan permusuhan, kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana agama, perpecahan serta situasi tidak harmoni dalam kalangan masyarakat," tegasnya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama