Bapa tiri durjana rogol remaja berjaya ditahan


  

TAWAU: Seorang bapa tiri ditahan selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun dalam kejadian di sebuah perkapungan di Kalabakan, tengah hari tadi.

Suspek berusia 35 tahun yang merupakan warga asing itu ditahan di Kampung Murut, Kalabakan, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata mangsa sebelum itu mengadu sakit perut dan telah dihantar ke Hospital Tawau oleh ibu saudaranya untuk mendapatkan rawatan, pada Selasa.

Katanya, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya berhubung perbuatan terkutuk dilakukan oleh bapa tirinya sebelum membuat laporan polis.

“Bertindak daripada maklumat diterima, suspek ditahan tengah hari tadi dan siasatan awal mendapati perbuatan terkutuk itu berlaku sejak mangsa berusia 11 tahun lagi.

“Siasatan awal, suspek dipercayai sering melakukan perbuatan itu dan yang terbaharu pada bulan lalu di kediaman mereka,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini. 

Jasmin berkat, suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Katanya, sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama