![]() |
Toyota Crown yang terbabas sendiri di Jalan Kimanis awal petang tadi |
KENINGAU: Sebuah kenderaan jenis Toyota Crown terbabas sendiri di Jalan Kimanis Mushroon Centre Keningau awal petang Jumaat.
Komander Operasi, PBK II Norhasrita Abdul Manan berkata, kemalangan itu melibatkan tiga mangsa yang dikenali sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
"Kami menerima panggilan kecemasan MERS999 pada pukul 2.08 petang dan dua buah jentera bersama lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 2.32 petang, pihak kami mendapati kemalangan berlaku kerana kenderaan dinaiki mangsa terbabas sendiri.
"Pasukan bomba memberikan rawatan awal bersama dua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Keningau menggunakan jentera EMRS dan ambulans KKM bagi tujuan rawatan selanjutnya," katanya.
Menurut beliau lagi, pasukan bomba membuat pembersihan tumpahan minyak daripada kenderaan terlibat dengan menggunakan semburan foam.
"Operasi terkawal pada pukul 3.05 petang dan operasi ditamatkan pada pukul 3.41 petang.
"Identiti seorang daripada mangsa dikenalpasti sebagai seorang lelaki warga emas berumur 71 tahun, Wong Tet Loi @ Wong Su Loi, cedera parah.
"Dua lagi mangsa belum dikenalpasti identiti, merupakan seorang wanita dewasa, cedera parah dan seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun cedera ringan," katanya lagi.