![]() |
Bomba berusaha memadamkan kebakaran |
LAHAD DATU: Sebuah lori tangki 10,000 liter membawa muatan diesel terbakar sepenuhnya di bulatan jalan berhampiran Taman Palm Height.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, PBK II Mohd Suait Muhammad
berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.07 petang kelmarin (Isnin).
"Selepas menerima laporan kecemasan (MERS999), jentera kami segera bergegas dan tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai, pada pukul 4.14 petang.
"Setibanya di lokasi kejadian, pihak kami dengan kekuatan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu seramai 16 anggota turut dibantu oleh agensi lain iaitu Jabatan Air Sabah (tiga orang) dan polis (10 orang)," katanya dalam kenyataan pagi Selasa.
Tambah beliau lagi, operasi memadamoan kebakaran itu menggunakan sebuah aliran dari dua pancutan dengan 200 kaki sumber air dari tangki jentera, tangki lori jabatan air dan 10 tong foam.
Jentera yang dikejarkan ke lokasi bagi tujuan operasi memadamoan kebakaran termasuk FRT, FRV dan EMRS, masing-masing sebuah.
"Operasi memadamkan kebakaran ini dapat dikawal pada pukul 10.08 malam dan tamat pada pukul 11.59 malam.
"Mujur kebakaran ini tidak melibatkan sebarang mangsa," ujarnya.