Komited laksana program untuk kesejahteraan ekonomi belia: Hajiji

Hajiji


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan sentiasa meneruskan usaha untuk melaksanakan pelbagai program yang memfokuskan kepada kesejahteraan ekonomi belia.


"Ini meliputi aspek latihan san juga kursus kemahiran untuk golongan belia kita.


"Agenda pembangunan modal insan yang fokus kepada golongan muda dan belia ini kita akan teruskan dan beri penekanan khas dalam usaha untuk melahirkan modal insan berkualiti, mempunyai kemahiran dan mempunyai minda kelas pertama," katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini.


Hajiji turut mengajar semua pihak untuk sentiasa meneruskan dalam usaha memperkasa golongan belia Sabah.


"Semua pihak tidak kiralah dari kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat perlu berganding bahu untuk mencipta peluang dan menyediakan sokongan yang diperlukan oleh belia", katanya dalam sebuah ucapan yang dibacanya di satu acara belia di sini pada Isnin.




Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama