GRS tidak tolak kemungkinan wujud kerjsama bersama UMNO-BN bagi PRN17

 

Hajiji (tengah) mempengerusikan Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat


KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak menolak kemungkinan wujudnya kerjasama dengan parti komponen bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang. 


Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tiada perkara yang mustahil boleh berlaku apabila memperkatakan tentang arena politik. 


"GRS adalah sebahagian kerajaan kini yang turut bersama PH Plus kerana ada wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) - UMNO. 


"Semua menyatakan sokongan kepada kerajaan. 


"Jangan gaduh-gaduh kerana kita mahu pastikan kita sama-sama membangunkan negeri. 


"Kita pastikan perpaduan dalan kalangan rakyat yang pelbagai kaum ini terus memberi kebaikan kepada semua," katanya. 


Hajiji berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Jumaat petang.


Dalam pada itu, ditanya sama ada kerjasama terbabit akan kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, Hajiji yang juga Presiden PGRS turut berharap perkara sama kerana yakin mampu bekerjasama dengan sesiapa sahaja. 


Sementara itu, bercakap tentang mesyuarat yang dipengerusikannya, Hajiji memaklumkan perbincangan adalah berkaitan persiapan bagi mengadakan mesyuarat Bahagian yang akan diadakan di seluruh Sabah bermula 17 Ogos sehingga hujung September depan. 


"Kita telah mengarahkan semua bahagian bersiap sedia utk menyempurnakan mesyuarat masing-masing kerana mesyuarat cawangan sudah adakan. 


"Kita berharap mesyuarat ini akan berjalan lancar dan rakyat mahupun ahli parti  boleh mengeluarkan pandangan dan pendapat mereka di dalam mesyuarat bahagian masing-masing," katanya. 


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama