Warga Emas Lelaki Ditemukan Meninggal Dalam Rumah Terkunci Di Menggatal



KOTA KINABALU: Seorang warga emas lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah yang terkuci di Lorong Menggatal 1, Pekan Menggatal di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima pada jam 7.09 malam kelmarin.

Katanya sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi menjalankan operasi membuka pintu terkunci menggunakan peralatan khas iaitu power saw.

“Sebaik pintu dibuka, terdapat seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri berada di dalam rumah,” katanya.

Beliau berkata mangsa berumur 71 tahun itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 7.54 malam.

“Mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 8.17 malam,” katanya.

Sumber : Utusan Borneo


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama