Dewan Utama SMK Kota Marudu Musnah Terbakar

 


KOTA MARUDU: Dewan makan yang juga dewan utama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu musnah dalam kebakaran di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian jam 8.40 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.49 malam, kita menggegaskan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu ke lokasi.

“Pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan kebakaran dapat dikawal jam 9 malam,” katanya.

Menurutnya dewan makan seluas 30X100 kaki persegi itu terbakar sebanyak 70 peratus akibat kejadian berkenaan.

“Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.15 malam,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama