Liga Bolasepak Jemputan Antara Jabatan Tertutup Zon Tawau 2022 Buka Tirai


TAWAU, 7 Ogos - Liga Bolasepak Jemputan Antara Jabatan Tertutup Zon Tawau 2022 membuka tirai kejohanan semalam dengan perlawanan pertama antara Jabatan Air Tawau (JAT) vs Hospital Tawau (HTWU) di Padang A dan Federal FC (FEDERAL) vs Kesihatan Tawau FC (KTFC) di Padang B.

Pertandingan yang diadakan buat julung kali itu bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan kerajaan di daerah Tawau bertempat di padang Kompleks Sukan Tawau.

Perlawanan pembukaan dirasmikan dan turut disaksikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, YB Andi Muhammad Suryady Bandy.


Menurut Andi, pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah amat menggalakkan penganjuran sukan seperti ini selepas pandemik Covid-19.

"Kita harapkan kejohanan ini boleh merapatkan lagi hubungan di antara agensi-agensi kerajaan dan yang paling penting adalah untuk kita menghidupkan suasana sukan di Negeri Sabah ini khususnya." Katanya.

"Sekarang ini, banyak penganjuran sedang berjalan dan ini salah satu kaedah kita untuk mengembangkan bidang sukan itu sendiri." Tambahnya lagi.

Sebanyak 10 pasukan daripada agensi dan jabatan kerajaan di daerah Tawau menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Kakitangan Hospital Tawau. Perlawanan liga tersebut diadakan setiap sabtu dan ahad bermula 6 Ogos 2022 sehingga 16 September 2022. - Sabah Info

Jadual Perlawanan Liga






Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama