Kota Kinabalu: Sabah FC, hari ini, mengumumkan penamatan kontrak pemain dari Sarawak Tommy Mawat Bada, berkuatkuasa serta merta.
Pengumuman itu dibuat dalam laman Facebook kelab berkenaan sebentar tadi.
"Sabah FC mengesahkan penamatan kontrak (secara persefahaman bersama) pemain pertahanan Tommy Mawat Bada dengan serta merta.
"Selamat maju jaya diucapkan kepada Tommy," kata kenyataam it.
Tommy, 27, antara sejumlah pemain yang diikat Sabah FC selepas Datuk Ong Kim Swee mengambil a;ih tugas sebagai pengendali musim ini.
Bagaimanapun, tiada sebab mengapa Tommy ditamatkan kontral dalam kenyataan dikeluarkan Sabah FC itu.
Sumber: DEASOKA