Gambar Hiasan |
Mayat kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemukan pada 1.50 petang, kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan separuh badannya hilang.
“Anggota yang hilang ialah kedua belah tangan, kaki kiri dan kepala berkemungkinan dibaham buaya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga dimulakan pada 7.40 pagi tadi.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi ditamatkan pada 2.05 petang,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai berkenaan. – FMT