Lelaki Hilang Disungai Padas Dikhuatiri Lemas

 

TENOM : Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, Tenom, masih belum ditemui.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Alphonius @Ebon Ambabai, 25, dipercayai lemas ketika cuba menyeberangi sungai itu.

Katanya, operasi pencarian dijalankan semalam terbahagi kepada empat kumpulan selain menggunakan kaedah ‘surface rescue’ di tebing sungai sepanjang empat kilometer itu.

“Mangsa masih belum ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada 5.10 petang,” katanya semalam.

Katanya, operasi akan disambung semula hari ini.

Sumber :SabahPost


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama