
Kota Kinabalu: Penyambungan laluan Kota Kinabalu (KK) SkyBridge ke Centre Point Sabah (CPS) sedang dimulakan pembinaannya dan dijadualkan siap pada penghujung bulan November ini.
Menurut kenyataan pusat beli belah CPS,jejantas SkyBridge sepanjang 400 meter itu berfungsi sebagai laluan penghujung untuk pusat membeli-belah dan pelbagai hab komersial seperti Pusat Komersial Api-Api,Pusat Komemersial Warisan Square,Oceanus Waterfront Mall dan Asia City.
"Kini,kita suda di fasa endemik kebanyakan prosuder operasi standard (SOP) peraturan Covid-19 pun telah ditarik balik dan ramai pelancong luar negara dijangka akan datang melawat Sabah.
"Pengurusan pusat beli-belah CPS percaya ini merupakan peluang yang baik untuk melengkapkan penyambungan KK SkyBridge yang mampu menyumbangkan peningkatan pembangunan pelancongan di negeri ini"kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan tempat simpanan pembinaan sementara telah diletakkan berhampiran kawasan pembinaan di ruang pemunggahan Servay Premier.
"Pihak Pengurusan Mall ingin memohon maaf atas sebarang kesesakan lalu lintas dan kesulitan ketika pembinaan tersebut sedang dijalankan.
"Selain itu,pengurusan pusat beli-belah menggesa semua pemandu e-hailing dan orang ramai untuk tidak meletak kenderaan di kawasan pembinaan terutama pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar pusat beli-belah,"katanya.
Pengurusan pusat beli-belah juga percaya ahawa penyambungan KK SkyBridge itu akan menyediakan laluan yang mudah dan selamat untuk orang awam memasuki pusat membeli-belah serta dapat dilindungi daripada cahaya matahari dan hujan ketika berjalan ke pusat beli-bela dari hab Komersial lain.
"selain itu,penyambungan KK SkyBridge juga boleh memberi impak yang positif untuk data kemasukan pelanggan ke CPS ,tambahan lagi pusat beli-belah itu terletak di tengah-tengah perhubungan antara hab-hab komersial yang lain,"katanya.
Dalam kenyataan itu juga ,pihak pengurusan pusat membeli-belah menyatakan bahawa projek KK SkyBridge adalah sebahagian daripada Projek rangkaian Pejalan kaki dan Penambahbaikan Trafik SkyBridge kerajaan dan mereka sentiasa menyokong usaha kerajaan demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat.
Sehubungan itu,pihak pengurusan CPS telah membelanjakan kira-kira RM19,000 untuk perancangan awal dan yuran perundingan oleh Jurutera Perunding CPS untuk projek pembinaan sambungan SkyBridge.
Terdahulu,KK SkyBridge yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor telah dilengkapi dengan eskalator,lif untuk orang kurang upaya (OKU) dan 20 kiosk runcit berhawa dingin.
Projek KK SkyBridge bertujuan untuk menyediakan kemuudahan yang selamat untuk orang ramai dan juga untuk orang kurang upaya mudah bergerak kerana ia dapat menghubungkan pusat beli-belah Oceanus,Api-Api centre dan Asia City.
Sumber:--DEASOKA