KPDNHEP Sabah Patahkan Cubaan Seludup 9,690 Peket Minya Bersubsidi



Kota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 9,690 peket minyakmasak bersubsidi satu kilogram (kg) ke negara jiran dianggarkan bernilai RM24,225.

Pengarahnya George Abas berkata dalam serbuan di Sungai Kolapis,Beluran,semalam,pihaknya turut merampas 5,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM10,750 juga dipercayai untuk diseludup keluar.

Katanya sebuah tangki dan sebuah kapal yang digunakan dalam kegiatan penyelewengan itu turut dirampas dalam serbuan yang dijalankan bersama Batallion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluaran,hasil risikan selama tiga min.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,904975,"katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Georgie berkata seorang lelaki tempatan berumur 20-an yang dipercayai penjaga kapal turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut  Seksyen 20 (1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

"Berdasarkan keterangan awal,penjaga kapal itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan,"katanya.

Dalam pada itumenurutnya sebanyak 23 kes dikesan terasuk kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 seta Akta Kawalan Bekalan 1961 dalam operasi Ayam,Telur dan Minyak Masak (Op ATM) Fasa Satu dan Dua,sehingga semalam.

"KPDNHEP komited melaksanakan tindakan mengawal selia ekalan serta barang kawalan dan keperluan asas seperti ayam,telur dan minyak masak di setiap peringkat rantaian melalui pemeriksaan Op ATM ," katanya.


Sumber-BERNAMA


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama