KOTA KINABALU: Halatuju Barisan Nasional Sabah akan ditentukan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), menurut Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam ucapan penutupan Konvensyen BN Sabah di ITCC Penampang, petang tadi.
Tegas Pengerusi BN Sabah itu, hala tuju tersebut akan mengambil kira serta memastikan BN Sabah tidak dipermainkan atau ditipu.
.
"Kita tidak mahu dalam posisi yang mana BN adalah 'rakan' dalam gabungan tetapi dilayan tidak adil atau adil," katanya lagi.
Menurutnya lagi, BN Sabah akan menyediakan pelan dan manifesto baharu kepada negeri itu menjelang PRU15.
"Jangan risau tentang siapa yang akan menjadi calon. Mengenai hal itu, kita serahkan kepada Presiden," katanya.
Tambahnya, jentera BN perlu bekerja keras untuk memperkukuhkan sokongan akar umbi termasuk dalam kalangan belia.