Kedua-dua suspek berusia 33 dan 42 tahun berjaya ditahan polis yang sedang menjalankan sekatan jalan raya 'Snap Shot Check' di jalan Bombalai hadapan Balai Polis Bombalai,jam 3 petang.
Ketua Polis Daerah Tawau ,Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata,hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang menunggang motosikal dari arah Merotai menuju ke Pusat bandar Tawau.
Bagaimanapun katanya,ketika ditahan untuk pemeriksaan ,kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dengan berpatah balik ke arah Merotai.
"Bagaimanapun,suspek hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi bahu jalan dan terjunam ke dalam parit.
"Anggota polis yang bertugas terus cuba menahan mereka sebelum berlaku sedikit pergelutan dan berjaya ditahan.
"Pemeriksaan awal tubuh dan barang peribadi milik suspek ditemui pelbagai alat yang disyaki digunakan untuk tujuan pecah rumah di dalam dua beg milik kedua-dua suspek terbabit,"katanya dalam kenyataan,semalam.
Jasmin berkata,kedua-dua suspek bersama barang rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.
"Hasil semakan yang dijalankan mendapati suspek pertama mempunyai enam rekod kesalahan lampau iaitu empat rekod berkait dadah dan dua membabitkan jenayah.
"Suspek kedua pula mempunyai 11 rekod jenaya lampau berkaitan dengan jenayah dan juga dadah,"katanya.
Sumber : --DEASOKA