Kota Kinabalu: Seperti yang sudah dijangka,kes jangitan covid-19 di Sabah terus meningkat dengan menghampiri angka 300 menurut statistik yang diterima semenjak semalam.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata Sabah merekodkan 292 kes positif baharu Covid-19 semalam, pertambahan 43 kes berbanding 249 kes sebelumnya.
Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian covid-19 Sabah berkata bilangan daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes adalah sama, iaitu masing-masing 11 daerah.
Masidi berkata Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi dengan 115 kes, Sandakan 31 kes, Penampang 24 kes, Beufort dan Papar masing-masing 22 kes, Tuaran 21 kes dan Lahad Datu 13 kes.
Manakala hanya 7 daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.
"Jumlah sampel ujian semalam ialah 2,919 berbanding 3,118 sebelum ini. Pada kadar positiviti yang sama, jumlah jangkitan sepatutnya lebih rendah daripada sebelum ini.
Belaiu berkata, kadar positiviti mencatatkan 12.02% iaitu lebih tinggi berbanding sebelumnya 11.14%. Kadar positiviti yang semakin meningkat adalah satu petanda angka jangkitan harian akan terus meningkat kerana kadar penularan virus semakin cepat.
Menurutnya, 289 daripada 292 kes yang direkodkan ini bersamaan 98.97 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2, iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.
1 kes dalam kategori 3 (jangkitan atau radang paru-paru tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen), 1 kes dalam kategori 4 (jangkitan atau radang paru-paru dan memerlukan bangtuan oksigen), manakala 1 kes dalam kategori 5 (pesakit kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan).
Sumber : --BORNEO TODAY